Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arteta kecewa walau pemain bangkit lepas ketinggalan 3 gol

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Arsenal Mikel Arteta mengkritik prestasi tidak konsisten pemainnya, meskipun mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk melakar keputusan seri 3-3 dengan West Ham di tempat lawan pada aksi Liga Perdana England (EPL) kelmarin.



Permulaan perlahan Gunners menyaksikan anak buah Arteta melepaskan tiga gol dalam 32 minit pertama permainan, selepas Jesse Lingard, Jarrod Bowen dan Tomas Soucek menjaringkan gol untuk Hammers.



Bagaimanapun, gol sendiri Soucek dan Craig Dawson menyaksikan Arsenal merapatkan jurang sebelum tandukan Alexandre Lacazette memastikan Gunners pulang dengan satu mata.



"Saya sangat kecewa kerana tidak boleh menerima cara pasukan saya beraksi, terutamanya pada separuh masa pertama.



"Yang saya mahukan ialah mereka mempamerkan aksi seperti ketika separuh masa kedua.



"Jika itu berlaku, kami mungkin dapat menjaringkan enam atau tujuh gol.



"Pemain menunjukkan dua watak berbeza. Watak pertama ialah memberi gol kepada lawan dan kemudian tidak melakukan apa yang sepatutnya," kata Arteta.



Dengan keputusan itu, West Ham kekal di tangga kelima, ketinggalan dua mata di belakang Chelsea di tempat keempat.



Menduduki tangga kesembilan liga, harapan Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan pula kini lebih bergantung pada kejayaannya di Liga Europa. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >