Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arteta masih tak bimbang

Arsenal kalah lagi di Emirates, kali ketiga berturut-turut
Dec 01, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Mikel Arteta tidak khuatir tentang kedudukannya sebagai pengurus Arsenal selepas pasukannya mengharungi permulaan paling buruk dalam saingan Liga Perdana England (EPL) sejak 1981.



Arsenal tewas 1-2 di tangan Wolves di stadium Emirates awal pagi semalam yang menyaksikan kelab utara London itu menduduki tangga ke-14 selepas 10 perlawanan.



Ia adalah kekalahan liga ketiga berturut-turut Arsenal di padang sendiri, yang turut melihat mereka mengalami lima kekalahan musim ini dengan hanya mampu menjaringkan 10 gol.



Arsenal mengumpul 13 mata daripada 10 perlawanan, menjadikannya rekod permulaan musim paling buruk kelab dalam tempoh 39 tahun.



"Pada hari saya membuat keputusan menjadi pengurus, saya tahu satu hari nanti saya akan dipecat, atau saya akan meninggalkan kelab.



"Saya tidak pasti jika ia sehari selepas saya tandatangani kontrak, sebulan, setahun atau enam bulan - jadi saya tidak pernah risau tentangnya. Tumpuan saya adalah mendapatkan yang terbaik daripada pemain-pemain, dan menjadi lebih baik.



"Kami perlu meningkatkan persembahan, jelas ia tidak cukup baik untuk kelab ini, dan kami perlu melakukan perubahan drastik," kata Arteta.



Wolves kehilangan penjaring utamanya Raul Jimenez akibat kecederaan kepala dan pemain Mexico itu menerima rawatan selama 10 minit selepas bertembung dengan David Luiz sebelum diusung keluar dari padang.



Sebelum ini, tanpa Jimenez, skuad Wolves hanya bergabung menjaringkan lima gol dalam sembilan perlawanan liga, tetapi Pedro Neto dan Daniel Podence menemui sasaran untuk kemenangan pertama pelawat di Emirates sejak 1979.



Pedroi Neto membuka jaringan pada minit ke-27 tetapi Arsenal kembali menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Gabriel Magalhaes.



Tiga minit sebelum rehat, Daniel Podence memastikan kemenangan Wolves selepas memanfaatkan bola yang melantun daripada penjaga gol Arsenal, Bernd Leno.



Wolves memanjat ke tangga keenam dan hanya empat mata di belakang pendahulu, Tottenham dan Liverpoool.



Dalam perlawanan lain, Jose Mourinho berkata skuad bimbingannya tidak berpuas hati apabila sekadar meraih satu mata selepas seri tanpa jaringan ketika menentang Chelsea di tempat lawan yang menyaksikan Spurs kembali ke tangga teratas liga.



Chelsea mempamer aksi lebih baik serta memperoleh beberapa peluang terbaik namun Spurs dapat bertahan sekali gus mengekalkan rekod bersih dalam empat perlawanan berturut-turut dan membuktikan mereka antara pencabar kejuaraan liga musim ini.



"Satu perkara yang positif daripada perlawanan ini adalah meraih satu mata. Kembali menduduki tangga teratas liga juga positif tetapi barisan pemain saya tidak gembira. Bagi saya ia sangat hebat. Ia jelas mengubah mentaliti dan personaliti setiap pemain," kata Mourinho.



Keputusan itu juga menyaksikan Chelsea kekal ketinggalan dua mata di belakang seteru setempat itu untuk menduduki tempat ketiga.



Sementara itu, Edinson Cavani membantu Manchester United melakukan kebangkitan selepas ketinggalan dua gol untuk membolehkan kelabnya meraih kemenangan 3-2 ke atas Southampton.



Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer di ambang kekalahan selepas ketinggalan dengan dua jaringan di separuh masa pertama melalui Jan Bednarek dan James Ward-Prowse.



Bagaimanapun, penyerang Uruguay, Cavani berjaya memberikan sinar buat United selepas dimasukkan pada separuh masa kedua. Cavani melakukan hantaran kepada Bruno Fernandes untuk merapatkan jurang sebelum bekas bintang Paris St-Germain itu menanduk masuk gol penyamaan.



Pemain berusia 33 tahun itu kemudian menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan dan ia adalah gol ketiganya sejak menyertai United Oktober lalu.



United melonjak ke tangga ketujuh, kurang dua mata dari kelompok empat terbaik selepas melakar rekod lapan kemenangan berturut-turut EPL di gelanggang lawan. - Reuters, AFP




"Pada hari saya membuat keputusan menjadi pengurus, saya tahu satu hari nanti saya akan dipecat, atau saya akan meninggalkan kelab.

"Saya tidak pasti jika ia sehari selepas saya tandatangani kontrak, sebulan, setahun atau enam bulan - jadi saya tidak pernah risau tentangnya. Tumpuan saya adalah mendapatkan yang terbaik daripada pemain-pemain, dan menjadi lebih baik.

- Mikel Arteta, pengurus Arsenal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >