BOLA SEPAK DUNIA
Asean mahu bida jadi hos bersama Piala Dunia 2034
Pemimpin Asean beri sokongan sempena Sidang Puncak Asean ke-34 di Bangkok
Jun 25, 2019 | 05:30 AM
BANGKOK: Negara-negara Asia Tenggara akan bekerjasama untuk membuat bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, umum Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, kelmarin, selepas pertemuan antara pemimpin Asean di Bangkok.
Asia telah menganjurkan pertandingan bola sepak antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun ini hanya sekali - ketika Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama pada 2002 - dan Qatar, yang akan membawanya kembali ke benua ini pada 2022.