LIGA PERDANA ENGLAND
Aston Villa dibeli usahawan China
May 20, 2016 | 05:30 AM
BIRMINGHAM: Aston Villa dibeli usahawan China selepas sedekad dimiliki pelabur Amerika Syarikat Randy Lerner.
Penjualan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai (CEO) Recon Group, Tony Jiantong Xia, itu ekoran prestasi pasukan kelab tersebut yang tersingkir daripada Liga Perdana England selepas menamatkan musim lalu di tangga tercorot.