Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KESIHATAN MENTAL

Atlet boleh dapatkan bantuan Institut Sukan Singapura

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



ATLET Singapura, sejak beberapa tahun ini, lebih bersedia untuk mendapatkan pertolongan dalam menangani kesihatan mental dan kesejahteraan mereka, kata Ahli Psikologi Sukan Kanan di Institut Sukan Singapura (SSI), Sport Singapore (SportSG), Stevenson Lai.



Ini terdorong oleh pendekatan proaktif SSI terhadap meningkatkan literasi kesihatan mental dalam fraterniti sukan setempat supaya lebih ramai atlet selesa tampil ke depan mengemukakan masalah kesihatan mental yang dialami.



Menjawab pertanyaan Berita Harian mengenai bilangan atlet Singapura yang menghadapi kesihatan mental dalam tempoh terdekat ini, SportSG mengatakan ia tidak mempunyai sebarang statistik buat masa ini.



Namun, SSI giat mengadakan pelbagai inisiatif untuk memeriksa dan memastikan para atlet berada dalam keadaan mental yang sihat.



"Kesejahteraan mental para atlet kami penting untuk mereka cemerlang dengan selamat," kata Lai.



"Selain inisiatif yang dilancarkan SSI seperti program 'Mind Matters' kami, pasukan psikologi baru-baru ini telah bekerjasama dengan pasukan perubatan dan pemakanan di Pusat Perubatan dan Sains Sukan (SSMC) untuk melancarkan pendekatan yang lebih holistik kepada kesejahteraan atlet dengan memperkenalkan satu tinjauan Kesejahteraan apabila atlet menjalani pemeriksaan perubatan mereka."



Tinjauan Kesejahteraan itu bertujuan menyediakan sekitaran yang selamat dan tidak mengancam bagi atlet untuk berkongsi dengan pasukan perubatan mengenai isu seperti kegelisahan, kemurungan, gangguan tidur atau makan.



"Tinjauan itu memberikan penilaian pertama bagi pasukan perubatan untuk mengenal pasti bahagian sokongan bagi atlet yang mungkin mengalami masalah kesejahteraan," tambah Lai.



Untuk mendapat bantuan, atlet yang sudah berjumpa dengan ahli psikologi sukan boleh menghubungi mereka secara langsung melalui telefon, e-mel dan kiriman mesej.



Bagi atlet tidak mempunyai ahli psikologi sukan pula, mereka boleh mendekati dan/atau meminta rujukan daripada jurulatih, persatuan sukan, atau pengurus prestasi sukan mereka untuk meminta khidmat ahli psikologi sukan SSI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >