Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet ekuestrian S'pura tersingkir selepas kuda alami pendarahan

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



ACARA bersejarah di sukan Olimpik bagi atlet ekuestrian negara, Caroline Chew, berakhir dengan kepiluan setelah beliau tersingkir daripada pertandingan kelayakan dressage individu kelmarin selepas kudanya, Tribiani, didapati mempunyai pendarahan dari mulut.



Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) berkata Chew disingkirkan mengikut peraturan Persekutuan Antarabangsa bagi Sukan Berkuda (FEI) bagi acara dressage yang menyatakan:



Jika pengadil mengesyaki darah segar di sebarang bahagian kuda semasa ujian, beliau akan menjalankan ujian lanjut terhadap kuda tersebut untuk memeriksa jika terdapat pendarahan.



Sekiranya kuda tersebut didapati mempunyai darah segar, ia akan disingkirkan. Penyingkiran adalah muktamad.



Namun, jika pengadil, menerusi ujian, berkata beliau tidak menemui sebarang darah segar pada haiwan tersebut, maka kuda itu mampu meneruskan pertandingan.



SNOC berkata Francis Verbeek Van Rooij (presiden juri darat) telah menghentikan aksi tunggangan Chew untuk memeriksa dan mengesahkan kesan darah dilihat di bahagian di mulut kuda berusia 17 tahun itu.



Pemeriksaan segera dilakukan oleh doktor haiwan dan didapati terdapat luka kecil di bibir haiwan tersebut, yang mungkin dialami selepas kuda itu tersungkur pada awal sesi ujian pertandingan.



SNOC menambah bahawa doktor haiwan memeriksa Tribiani dan melaporkan bahawa mereka tidak menemui pendarahan lanjut.



Chew, seorang peguam berusia 29 tahun bersama firma Freshfields Bruckhaus Deringer yang berpangkalan di Britain, berkata: "Ia satu perkara menakjubkan kita mampu sampai di sini.



"Ia juga pengalaman yang hebat dan saya amat teruja dapat menjadi rakyat Singapura pertama yang bertanding dalam acara ekuestrian di Sukan Olimpik.



"Agak mengecewakan bagaimana ia berakhir. Ia satu kemalangan yang tidak diduga. Ia (Tribiani) telah memberikan persembahan yang baik."



Chew menempah tiket ke Tokyo sekitar bulan lalu setelah pasukan New Zealand menarik diri daripada temasya itu dan membuka peluang bagi Chew untuk mencipta sejarah sukan baru bagi Singapura.



Beliau menempah tempatnya ke Sukan Olimpik dengan persembahannya di Grand Prix Dressage di Le Mans, Perancis sekitar dua minggu lalu.



Pegawai pasukan dan jurulatih Matthew Frost berkata: "Kejadian seperti ini berlaku dari masa ke masa, dan kita hanya dapat menganggapnya sebagai nasib tidak menyebelahi kita pada ketika itu.



"Caroline telah menunggang dengan cemerlang sebelum pengadil menghentikan ujian beliau. Mungkin Caroline dapat meraih markah tinggi jika kejadian ini tidak berlaku.



"Namun, apapun, kami bangga dengan persembahan Caroline dan Tribiani yang layak bertanding di Sukan Olimpik Tokyo."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >