Topic followed successfully
Go to BHkuAtlet lawan pedang S'pura Amita Berthier tewas kepada atlet mapan AS
Atlet lawan pedang S'pura Amita Berthier tewas kepada atlet mapan AS
Atlet lawan pedang S'pura Amita Berthier tewas kepada atlet mapan AS
ATLET lawan pedang Singapura yang kali pertama menyertai Olimpik, Amita Berthier tewas kepada Lee Kiefer dari Amerika Syarikat. Berthier, pemain nombor 60 dunia, berjuang gigih melawan Kiefer, nombor lima dunia, dan perbezaan antara dua atlet muda dengan mapan itu ketara. Atlet Singapura itu tewas 4-15, memeluk pesaingnya dan membawa pulang sesuatu yang tidak ketara tetapi amat berharga. Pengalaman.
"Saya amat bersemangat untuk berada bersama begitu banyak atlet hebat dan selalu berusaha belajar memperbaiki diri saya," katanya mengenai Olimpik. Berthier, 20 tahun, dan Kiefer, 27 tahun, yang berasal daripada universiti yang sama, Notre Dame, dan diajar jurulatih sama, Amgad Khazbak, telah menentang beberapa kali sebelum ini. Namun, pengalaman memainkan peranan dan Kiefer memanfaatkannya dengan lebih baik.

