Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN TEMPATAN

Atlet lawan pedang SG pertama layak ke Olimpik

Berthier: Kejayaan untuk arwah ayahnya
Apr 27, 2021 | 05:30 AM



KEJAYAAN atlet lawan pedang negara Amita Berthier melayakkan diri ke Olimpik Tokyo memberi erti yang lebih mendalam bagi wanita berusia 20 tahun itu.



Berthier, yang menjadi warga Singapura pertama melayakkan diri ke Olimpik dalam sukan itu menewaskan Yana Alborova 15-14 dalam acara foil wanita di Pertandingan Kelayakan Olimpik Asia-Oceania di Tashkent, Uzbekistan, kelmarin.



Beliau berkata kemenangan itu untuk ayahnya, Eric, yang meninggal dunia sekitar lima tahun lalu kerana kemalangan di tempat kerja.



Menerut beliau, perkara pertama yang timbul di benaknya semasa memenangi perlawanan itu dan layak ke Olimpik adalah ayahnya.



"Kemenangan ini adalah bagi beliau. Saya berjanji kepadanya lima tahun lalu bahawa saya akan melayakkan diri ke Olimpik. Saya tahu beliau berada bersama saya sekarang," ujar Berthier.



Kali terakhir beliau berada di Tashkent adalah bersama ayahnya pada 2015. Beliau berusia 15 tahun dan mendapat tempat ke-12 dalam Kejohanan Lawan Pedang Kadet Sedunia.



Bapanya, yang menemani beliau ke sana, meninggal dunia kurang setahun selepas kejohanan itu.



Ibunya, Uma, yang menyaksikan anaknya melayakkan diri ke Olimpik dari rumah berkata:



"Beliau memelihara memori ayahnya dan mendapat ketenangan dan kekuatan daripada kenangan itu."



Ibunya berkata beliau telah memberitahu anaknya supaya mengingati saat-saat indah bersama ayahnya sebelum pertandingan tersebut, dan berkata ayahnya sentiasa bersamanya.



Kemenangan Berthier itu juga lebih manis kerana beliau mengatasi kecederaan di buku lali.



Selepas mendahului lawannya 13-10, Berthier menanggung kecederaan itu apabila Alborova memukul buku lali kirinya, yang sebelum ini turut cedera di separuh akhir.



Selepas itu, Alborova, yang memenangi emas acara berpasukan di Kejohanan Eropah pada 2015, berjaya bangkit dan mendahului 14-13.



Namun Berthier berjaya mengatasi kecederaannya itu, kembali menumpukan perhatian pada lawannya dan memenangi perlawanan 15-14, sekali gus menempah tiket ke Tokyo bagi Olimpik yang dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos itu.



Mengulas mengenai kemenangan Berthier itu, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata: "Amat bangga dengan Amitha Berthier, yang menjadi warga Singapura pertama melayakkan diri ke Olimpik dalam lawan pedang.



"Kita ada lagi beberapa atlet lawan pedang dalam pertandingan yang sama dan berharap untuk melayakkan diri ke Olimpik. Ayuh Singapura."




BANGGA ...AYUH SG



"Amat bangga dengan Amitha Berthier, yang menjadi warga Singapura pertama melayakkan diri ke Olimpik dalam lawan pedang.

"Kita ada lagi beberapa atlet lawan pedang dalam pertandingan yang sama dan berharap untuk melayakkan diri ke Olimpik. Ayuh Singapura."

- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >