Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Atlet lumba lompat pagar SG samai masa pemenang emas Sukan SEA lalu

Masa 13.97s yang dicatat turut beri Ang Chen Xiang 'tiket' untuk beraksi di temasya Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan Mei ini
Jan 25, 2022 | 05:30 AM



BELIAU telah dua kali memecah rekod nasional dalam tempoh seminggu dan masa yang dicatatnya di Kejohanan Padang dan Balapan Nasional Singapura kelmarin setanding dengan masa yang dicatat oleh pemenang pingat emas di Sukan SEA 2019.



Namun atlet lompat pagar negara, Ang Chen Xiang, 27 tahun, enggan mengulas lebih lanjut mengenai matlamatnya di temasya sukan dwitahunan berprestij itu yang dijadual berlangsung di Hanoi, Vietnam, pada Mei ini.



Ang mencatatkan masa 13.97 saat bagi jarak 110 meter pada hujung minggu lalu, kurang seminggu selepas beliau memecah rekod nasional buat kali pertama dengan masa 14.16 saat, di perlumbaan Club Zoom Kindred Spirit Series 2 pada 15 Januari.



Masa 13.97 saat itu juga adalah 0.02 saat lebih pantas daripada masa kelayakan bagi Sukan SEA Hanoi, dan sekali gus memberikan beliau 'tiket' ke temasya sukan itu.



Secara perbandingan, masa yang dicatat oleh pemenang pingat emas di tiga edisi Sukan SEA lalu ialah 13.97 saat (2019); 13.83 saat (2017); dan 13.69 saat (2015).



Bercakap kepada The Straits Times, Ang berkata peluang menyertai perlumbaan secara tetap telah membantu beliau mencapai form yang baik itu.



"Tentunya saya amat gembira... ia melebihi jangkaan saya... mencapai masa di bawah 14 saat adalah suatu yang telah saya impikan dan berusaha untuk capai sejak lima, enam tahun lalu," kata Ang.



"Justeru, saya gembira kerana berjaya berbuat demikian dan saya percaya, suatu yang dijalankan dengan baik akan mendatangkan masa (perlumbaan) yang baik.



"Saya gembira dengan hasil usaha yang telah saya kerjakan buat sekian lama ini."



Menurut Ang, beliau tidak menjangka apa-apa semasa menyertai kejohanan nasional dan menyangka beliau akan mencatatkan masa terbaik antara 14 dengan 14.1 saat.



"Tumpuan saya adalah pada melaksanakan teknik dengan betul dan jika itu tercapai, saya akan dapat mencapai masa 14 saat atau 14.1 saat. Masa di bawah 14 saat adalah ibarat bonus," ujar Ang, yang sedang melengkapkan Perkhidmatan Nasional (NS) sebagai pegawai perubatan.



"Mencatatkan masa di bawah 14 saat ialah matlamat bagi kita semua... ia mercu tanda bersejarah."



Masa yang dicatat Ang ini juga antara yang terpantas di rantau ini pada musim ini.



Juara bertahan Sukan SEA, Clinton Bautista dari Filipina, mencatatkan masa 14.42 saat di Kejohanan Atletik Filipina Ayala; sementara pemenang pingat perak Rayzam Shah Wan Sofian dari Malaysia mencatatkan masa 13.72 saat di Kejohanan Atletik Kebangsaan negaranya pada bulan lalu.



Namun, Ang berkata beliau tidak terlalu memikirkan mengenai pesaingnya di Sukan SEA nanti.



Sebaliknya, beliau ingin memberi sepenuh tumpuan kepada usaha memperhalusi tekniknya, seperti di permulaan larian, menjelang Sukan SEA ini.



Ang, yang mengakhiri perlumbaan di tempat kelapan di Sukan SEA Filipina, berkata:



"Apa sahaja boleh berlaku pada hari perlumbaan... jadi saya akan ke sana dan memberikan usaha terbaik dengan harapan dapat meraih hasilnya nanti."




"Tumpuan saya adalah pada melaksanakan teknik dengan betul dan jika itu tercapai, saya akan dapat mencapai masa 14 saat atau 14.1 saat. Masa di bawah 14 saat adalah ibarat bonus... Apa sahaja boleh berlaku pada hari perlumbaan... jadi saya akan ke sana dan memberikan usaha terbaik dengan harapan dapat meraih hasilnya nanti."
- Jaguh perlumbaan lompat pagar 110m negara, Ang Chen Xiang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >