ATLET tidak terlepas terdedah kepada jangkitan Covid-19.
Antara nama-nama besar sukan yang diuji positif bagi koronavirus termasuk bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, Neymar, Paul Pogba dan Mohamed Salah.
Atlet tenis lelaki nombor satu dunia Novak Djokovic juga dijangkiti Covid-19 Jun lalu selepas beraksi dalam perlawanan pameran anjurannya di Serbia dan Croatia, yang tanpa jarak selamat, di tengah-tengah pandemik.
Juara Formula Satu Lewis Hamilton disahkan positif Covid-19 bulan ini memaksa beliau terlepas bersaing dalam Grand Prix Sakir di Bahrain.
Pemandu Mercedes itu berkata berat badannya turun empat kilogram akibat virus itu.