Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Atlet mungkin mudah terdedah kepada gejala Covid-19 lebih serius

May 08, 2020 | 05:43 PM

BERN: Atlet profesional mungkin lebih terdedah dan boleh jatuh sakit menghidap virus Covid-19 secara serius, kata ketua kesatuan sedunia yang mewakili golongan tersebut kepada Reuters pada Khamis (7 Mei).

Encik Brendan Schwab, pengarah eksekutif Kesatuan Pemain Sedunia berkata bahawa pemain sukan kini sedang diminta untuk menandatangani hak yang menawarkan pelindungan dari segi kewangan dan perundangan sekiranya mereka terjatuh sakit.

"Kami telah melihat kajian yang mendapati bahawa atlet terutamanya lebih terdedah kepada gejala yang serius," kata Encik Schwab yang kesatuannya itu mewakili sekitar 85,000 atlet termasuk pemain NBA, MLB, NHL, NFL, ragbi, bola sepak Eropah dan futbol Peraturan Australia.

"Virus itu boleh menusuk dalam di paru-paru. Ia merupakan virus yang boleh menyebabkan kerosakan teruk bukan sahaja kepada paru-paru tetapi organ lain juga. Para atlet harus menjamin taraf kesihatan dan kecerdasan yang tinggi untuk melestarikan kerjaya mereka."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3