Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Atlet renang, pencak silat antara yang cemerlang

May 23, 2022 | 05:30 AM



RENANG, lawan pedang, pencak silat dan atletik adalah antara sukan yang bersinar dalam Sukan SEA Vietnam, kata ketua Institut Sukan Singapura Su Chun Wei dalam ulasannya mengenai persembahan para atlet Team Singapore.



Sementara itu, ada beberapa sukan lain yang gagal memenuhi jangkaan dan "perlu merenung semula," tambah Su ketika berucap dalam satu sidang akhbar di Hotel Hyatt Regency di Hanoi semalam.



Sukan renang diberi pujian selepas menyumbang 21 emas, 11 perak dan 12 gangsa kepada pungutan pingat Singapura apabila mereka menamatkan saingan sebagai pasukan negara terbaik dalam sukan itu.



Perenang Quah Jing Wen, 21 tahun, juga merupakan atlet individu paling cemerlang dengan enam emas, manakala rakan sepasukan Gan Ching Hwee, 18 tahun, merangkul lima pingat.



Lawan pedang dan boling turut menyerlah di Hanoi, dengan masing-masing membawa pulang enam emas, empat perak serta lima gangsa, dan tiga emas, satu perak serta tiga gangsa.



Pencak silat juga mendapat tumpuan kerana berjaya memaparkan prestasi terbaiknya dalam temasya sukan dwitahunan ini.



Pesilat negara menghasilkan empat emas, tiga perak dan empat gangsa.



Su berkata pesilat negara boleh berbangga dengan usaha mereka, yang mengatasi persembahan Sukan SEA 2003, dan "telah menetapkan standard baru untuk diri mereka sendiri".



Sama juga dengan atletik, yang telah menunjukkan peningkatan besar di Sukan SEA kali ini.



Singapura membolot 11 pingat - satu emas, tiga perak dan tujuh gangsa - di Hanoi.



Dalam edisi lalu di Filipina pada 2019, atletik hanya mampu membawa pulang tiga gangsa.



Beberapa kejayaan cemerlang turut diraih menerusi Ang Chen Xiang (larian lompat pagar 110 meter), Tan Zong Yang (larian pecut 400 meter). Calvin Quek (larian lompat pagar 400 meter) dan Goh Chui Ling (1,500 meter dan 10,000 meter), yang memungut pingat sulung mereka di temasya sukan ini.



"Mereka telah menunjukkan perubahan yang hebat daripada edisi sebelumnya dan era baru yang menarik.



"Kami berharap bahawa mereka akan terus berkembang maju dan ini adalah sesuatu yang kami akan pantau dengan teliti," jelas Su.



Beliau turut berpuas hati dengan prestasi 245 muka baru - yang membentuk 57 peratus daripada kontinjen seramai 424 atlet Singapura.



Kimberly Wong (wushu), Letitia Sim (renang) dan Elle Koh (lawan pedang) adalah atlet negara yang paling menonjol dalam penampilan pertama mereka di Sukan SEA, menurut Su.



Beliau menambah: "Lebih setengah kontinjen kita adalah muka baru dan kami tahu mereka telah beraksi cemerlang.



"Ini menunjukkan keupayaan sistem prestasi tinggi Singapura untuk terus menghasilkan dan mempunyai kohort baru atlet akan datang untuk membanggakan kita."



Beberapa sukan tampil hambar setelah pulang dengan tangan kosong dan Su berkata mereka "perlu merenung semula" bahagian mana yang dapat mereka perbaiki dan cara melakukannya.



Sukan ini adalah bola tampar, bola tangan dan mendayung.



"Beberapa sukan telah datang ke sini, cuba melakukan yang terbaik mereka dan terlepas meraih apa-apa... Banyak yang perlu mereka fikirkan. Mereka harus pulang, berkumpul semula dan berazam melakukan yang lebih baik," katanya.



Mengulas mengenai pasukan bola sepak bawah 23 tahun lelaki, yang terkandas di pusingan kumpulan untuk empat edisi berturut-turut, Su menganggap persembahan mereka sebagai "berani".



"Saya fikir ia adalah permulaan baik kepada perkara yang lebih besar, lebih baik dan kami perlu menyokong mereka," tambah beliau.




"Lebih setengah kontinjen kita adalah muka baru dan kami tahu mereka telah beraksi cemerlang. Ini menunjukkan keupayaan sistem prestasi tinggi Singapura untuk terus menghasilkan dan mempunyai kohort baru atlet akan datang untuk membanggakan kita."
- Ketua Institut Sukan Singapura Su Chun Wei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >