Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA POWERLIFTING PARA FAZZA 2021

Atlet SG Nur’Aini angkat gangsa sambil pecah rekod peribadi

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM latihan srikandi powerlifting para Singapura Nur’Aini Mohamad Yasli diancam sekatan Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadualkan berangkat ke Dubai kejohanan pertamanya sejak Covid-19 melanda dunia tahun lalu.



Namun, ketidaktentuan pandemik itu tidak mematahkan semangat beliau dan jurulatihnya, Muhammad Abdul Razak Mansor, yang cepat membuat aturan tertentu agar persiapan altet itu dapat diteruskan.



Sabtu lalu, usaha mereka berbaloi apabila Nur’Aini, 29 tahun, meraih pingat gangsa di Piala Dunia Powerlifting Para Fazza 2021 di Dubai, di Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Lebih mengagumkan, beliau memecahkan rekod terbaik peribadinya dengan mengangkat berat 81 kilogram dalam kategori wanita senior hingga berat badan 45 kilogram.



Keputusan terbaik Nur’Aini sebelum ini ialah 65 kilogram dalam kategori sama. 



Menceritakan detik membanggakan itu dalam satu wawancara maya bersama Berita Harian kelmarin, Nur’Aini, yang mula bergiat dalam sukan powerlifting pada 2017, berkata beliau hanya sedar mengenai pencapaiannya itu apabila seorang pegawai doping di kejohanan tersebut mendekatinya.



Ujian doping satu amalan lazim dalam sukan setelah atlet memenangi pingat dalam pertandingan.



“Setelah saya lulus angkat berat 81 kilogram, saya fikir, okey itulah keputusan terbaik peribadi saya, tetapi kemudian seorang pegawai doping tiba-tiba menghampiri saya... Saya terkejut (sebab saya berjaya menang pingat),” ujar Nur’Aini, atlet wanita pertama Singapura bersaing dalam powerlifting di Sukan Para Asia 2018.



Beliau telah pulang ke Singapura dan sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 21 hari.



“Pingat ini adalah bonus sebab kami benar-benar tidak menjangkakannya. Ia adalah satu perjalanan saingan yang manis setelah dua tahun tidak beraksi akibat pandemik Covid-19,” katanya lagi.



Keputusan itu meletak Nur’Aini di tempat kelapan dalam Kedudukan Laluan Kelayakan Tokyo 2020 Powerlifting Para Dunia bagi kategori wanita hingga berat badan 45 kilogram.



Nur’Aini kini menanti pengumuman rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa apakah beliau layak ke Sukan Paralimpik Tokyo, yang akan dibuat hujung bulan ini.



Hanya terdapat lapan tempat bagi kategori itu di Sukan Paralimpik Tokyo, dan Piala Dunia Powerlifting Para Fazza 2021, yang berlangsung hingga esok, adalah kejohanan terakhir untuk melayakkan diri.



“Selepas pertandingan ini, saya sedar tidak kira betapa besar atau kecil impian anda, tiada apa yang mustahil jika anda percaya pada diri anda... perkara hebat boleh berlaku,” tambahnya.



Nur’Aini berharap dapat mencapai “impian zaman kanak-kanak saya” dan menyertai enam atlet para Singapura yang telah sahkan akan bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo pada 24 Ogos hingga 5 September.



Enam atlet itu, yang diumumkan Majlis Paralimpik Nasional Singapura minggu lalu, ialah: perenang yang juga pemegang dua rekod dunia Yip Pin Xiu, pemanah nombor satu dunia Nur Syahidah Alim, altet lontar peluru Muhammad Diroy Nordin, altet berbasikal Steve Tee, dan perenang Toh Wei Soong serta Sophie Soon.



Singapura juga telah menjamin slot pasukan dalam ekuestrian dan nama-nama atletnya akan diumumkan kelak.



Pemilihan bagi Sukan Paralimpik Tokyo diteruskan hingga 30 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >