PREVIU SEPARUH AKHIR LIGA JUARA-JUARA

Atletico dan Monaco percaya peluang belum terkubur

PARIS: Atletico Madrid dan Monaco akan berusaha mengatasi cabaran setinggi gunung menyusuli kekalahan perlawanan pertama dalam usaha melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.

Ketinggalan tiga gol apabila menerima kedatangan Real Madrid esok (2.45 pagi Khamis waktu Singapura) bagi pertemuan kedua separuh akhir, jurulatih Atletico, Diego Simeone, malah mendakwa bahawa peluang bagi pasukan lain bangkit daripada kedudukan itu "hampir mustahil" tetapi tidak pula bagi pasukan pimpinannya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan