LIGA JUARA-JUARA
Atletico Madrid mara; Spurs kalah tapi layak ke pusingan 16
Dec 13, 2019 | 05:30 AM
MADRID: Atletico Madrid mengesahkan tempat dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Lokomotiv Moscow awal pagi semalam, untuk menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan D.
Kieran Trippier terlepas peluang meletakkan pasukannya di hadapan di awal perlawanan di Wanda Metropolitano selepas tendangan penaltinya terkena palang gawang.