Atletico Madrid tumpaskan Leverkusen 4-2

LEVERKUSEN, Jerman - Atletico Madrid menewaskan tuan rumah Bayer Leverkusen 4-2 dalam pertemuan kucar kacir pada Selasa (21 Feb) Liga Juara-Juara menjelang perlawanan kedua di Sepanyol bulan depan.

Dua serangan balas dalam 25 minit pertama meletakkan Atletico Madrid di depan. Gol oleh Saul Niguez dan Antoine Griezmann itu memberi mereka kelebihan untuk layak ke suku akhir buat kali kesembilan.

Leverkusen kemudian mengurangkan defisit sebelum pemain Atletico, Kevin Gameiro, menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

Tendangan gol sendiri oleh Stefan Savic menyebabkan perlawanan kembali bersemangat.

Namun Fernando Torres menunjukkan kehebatan dengan kemudian menyumbatkan gol pada minit ke-86, sekali gus meletakkan pasukan Jerman itu mengalami kekalahan pertama mereka di Eropah selepas 10 perlawanan tanpa kalah. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.