Topik diikuti
Pergi ke BHkuAtletico yakin mahu 'baham' Leverkusen
Feb 25, 2015 | 5:30 AM
Atletico yakin mahu 'baham' Leverkusen
LEVERKUSEN (Jerman): Kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid, tiba di Jerman bagi pertemuan pertama menentang Bayer Leverkusen di pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah hari ini (3.40 pagi esok waktu Singapura) dengan harapan mengekalkan rekod pertahanan yang baik yang tidak dibolosi gol dalam enam perlawanan di Eropah sebelum ini.
Berbekal benteng kukuh, Atletico juga meletakkan harapan ke atas dua tunggak pasukan - Mario Mandzukic dan Antoine Griezmann - mendapat gol-golnya.