Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skandal Atletik

Atletik Russia nyaris dilarang ke Rio 2016

Pertubuhan cegah penggunaan dadah Russia (Rusada) kini digantung Wada
Nov 19, 2015 | 05:09 PM



COLORADO SPRINGS: Pertubuhan cegah penggunaan dadah Russia (Rusada) telah digantung oleh Agensi Cegah Penggunaan Dadah Dunia (Wada), meningkatkan kemungkinan bintang atletik negara itu tidak dibenarkan beraksi di Sukan Olimpik tahun depan.


Lembaga Yayasan Wada sebulat suara menerima usulan jawatankuasa penyiasat yang mendapati Rusada gagal menuruti undang-undang Wada.


Keputusan itu dijangka, setelah laporan panel bebas awal bulan ini membongkar program penggunaan dadah yang ditaja pemerintah di Russia.


Selain terbabit dalam skandal ini, Rusada juga dituduh menghapuskan contoh ujian yang diminta Wada.


Minggu lalu, Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF) telah menggantung Russia daripada pertandingan antarabangsa, tetapi langkah Wada ini menambah tekanan ke atas Russia supaya memperbaiki sistemnya.


Berdasarkan undang-undang yang dipersetujui Wada dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), hanya negara yang mematuhi kesemua kod cegah penggunaan dadah Wada boleh mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.


Sementara itu, Russia telah berikrar menuruti rancangan yang dibentangkan untuk mengubah secara meluas program ujian-dadah di negara itu bagi mengelak digantung daripada Sukan Olimpik - sesuatu kesudahan yang turut ingin dielak oleh IAAF dan IOC.


Bagaimanapun, presiden Wada Craig Reeding berkata pihaknya akan mengambil tindakan bagi memastikan sistem cegah penggunaan dadah di Russia ketat dan 'kalis air' di masa depan.


"Usap tersilap sangka. Kami tidak akan terburu-buru menerapkan pembaharuan ini. Kami akan melaksanakannya dengan betul kerana integriti sukan sedang diancam," kata Reedie dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, langkah Wada yang seolah-olah membuka 'pintu masuk' kepada Russia ke arena pertandingan antarabangsa telah dikecap beberapa pihak.


Legenda Olimpik Ed Moses berkata beliau berharap atlit Russia dilarang beraksi di Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil tahun depan.


"Sekatan sebenar adalah yang menggariskan mesej bahawa mereka tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya.


"Atlit Russia tidak seharusnya dibenarkan ke Rio... setiap atlit yang prihatin harap kes ini diakhiri dengan keputusan yang betul," kata Moses yang menggesa pihak berkuasa memulakan siasatan ke atas setiap sukan di Russia.


"Ada ramai kenalan yang kehilangan kenangan indah yang sepatutnya milik mereka kerana skandal ini," tambahnya.


Pendirian Moses itu dikongsi oleh beberapa badan cegah penggunaan dadah dunia, termsuk Institut Cegah Penggunaan Dadah dalam Pertubuhan Nasional.


"Kejadian rasuah di Russia perlu ditangani dengan hukuman yang memadai. Mesej yang tegas perlu disampaikan," kata badan itu dalam kenyataannya. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >