Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlit bina badan negara menang satu perak, satu gangsa di kejohanan dunia

Dec 20, 2018 | 08:00 PM



Atlit bina badan Singapura memenangi satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Susuk Badan Dunia ke-10 di Chiangmai, Thailand.



Pingat perak dimenangi Abdullah Ja’afar, 62 tahun yang bertanding dalam kategori Masters Lelaki (60 tahun ke atas). Pingat gangsa dimenangi Shaifulhaq Ahmad Ishak, yang bertanding dalam kategori Lelaki (75 kilogram).



Abdullah, yang memenangi pingat emas dalam kejohanan yang sama di Mongolia berkata:



“Saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berlatih dan mempersiapkan susuk badan bagi kejohanan ini. Namun saya tetap gembira dengan keputusan ini dan harap dapat bertanding lagi tahun depan dan memenangi pingat emas buat kali kedua.”



Pingat gangsa yang dimenangi  Shaifulhaq adalah kemenangan keempat tahun ini dan beliau melahirkan penghargaan kepada isteri dan anaknya yang terus memberinya sokongan untuk bertanding.



Kejohanan tahunan ini diadakan dari 11 hingga 17 Disember.



Dalam kenyataannya, Persekutuan Bina Badan dan Sukan Susuk Badan Dunia Singapura (WBPF) Encik Shawn Sugendran berkata pencapaian kededua atlit itu adalah penting dalam pembangunan sukan ini di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >