ATLIT negara yang gigih menjalani latihan persiapan menjelang Sukan Asia dan juga Sukan Para Asia tahun ini - kededuanya anjuran Indonesia - mendapat kunjungan penyuntik semangat daripada Presiden Halimah Yacob semalam.
Cik Halimah turut menghulurkan kata-kata perangsang kepada sebahagian atlit yang ditemuinya di Hab Sukan Singapura, antaranya para pesilat, perenang dan atlit boccia.