MENJELANG OLIMPIK RIO & PARALIMPIK RIO
Atlit negara digesa sentiasa hati-hati, jaga keselamatan diri
Jul 05, 2016 | 05:30 AM
ATLIT negara yang bakal ke Olimpik Rio dan Paralimpik Rio digesa agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri sendiri.
Sekalipun segala langkah keselamatan akan diambil oleh penganjur Olimpik Rio dan pemerintah Brazil, Ketua Kontinjen Singapura Low Teo Ping menegaskan bahawa atlit harus bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka sendiri.