SUKAN PAPAN LUNCUR
Atlit papan luncur S'pura sasar perbaiki prestasi
Langkah persatuan sukan nasional beri tumpuan bentuk, bangun pasukan nasional lelaki dan wanita untuk kategori street dan park
Jan 07, 2020 | 05:30 AM
DI SUKAN SEA di Filipina bulan lalu, bekas juara Sukan X Asia, Feroze Rahman, mendapati dirinya berentap dengan bakat muda semakin meningkat naik Indonesia, Sanggoe Dharma, bagi gelaran juara acara 'street' lelaki.
Akhirnya, Feroze, 29 tahun, tersungkur dan hanya mampu berpuas hati di tempat ketujuh.