Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlit paralimpik negara catat rekod pungutan pingat terbanyak APG luar negara

Sep 23, 2017 | 03:35 PM



PASUKAN Singapura telah menunjukkan bahawa tiada batasan yang tidak dapat diharungi dengan tekad, semangat dan kecemerlangan dalam sukan di kalangan atlit kurang upaya. 



50 pingat secara keseluruhan- termasuk sembilan emas, 17 perak, dan 24 gangsa- diraih pasukan Singapura di Sukan Para Asean (APG) kesembilan yang diadakan di Kuala Lumpur yang tamat hari ini.



Ini langsung mencatatkan rekod jumlah pingat terbanyak yang pernah dimenangi Singapura semasa acara APG yang diadakan di luar negara.

 

Sukan berbasikal dan renang menyumbang 14 pingat masing-masing manakala acara tenpin bowling mengumpul lapan pingat. 



Sementara itu, pasukan Boccia pula meraih pingat pertama dalam sukan antarabangsa dan buat pertama kali dalam APG, setiap seorang anggotanya berjaya memenangi pingat. 



Pengerusi Majlis Paralimpik Nasional Singapura dan Presiden Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) berkata: 

“Tujuan acara sukan ini adalah untuk mengukuhkan asas atlit kami dan saya gembira kerana kebanyakan atlit yang turut serta buat julung-julung kalinya berjaya membawa pulang pingat. 



“Memang matlamat kami adalah untuk memberikan lebih banyak peluang kepada para atlit untuk menimba pengalaman di acara sukan gah seperti APG, dan mereka telah menunjukkan prestasi yang baik.”

 

Ketua Kontinjen Cik Shirley Low berkata: 

“Alit kami telah menunjukkan persembahan yang cemerlang di APG kesembilan ini walaupun menghadapi saingan yang hebat. 



“Mereka akan terus membangun dan memeperbaiki persembahan mereka serta menyasarkan kecemerlangan selepas ini.” 



Beliau juga menambah bahawa kini lebih banyak atlit paralimpik menjadi contoh bagi semua orang dari pelbagai latar belakang. 



“Sementara mereka terus mencetuskan inspirasi dalam diri orang ramai dengan disiplin serta tekad yang dipaparkan, kita seharusnya menyebarkan kesedaran serta keperluan untuk memusnahkan hadangan sosial terhadap mereka yang kurang upaya.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >