PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM PERSADA SUKAN
Atlit Russia, Kenya jalani pemeriksaan tambahan
Jun 23, 2016 | 05:30 AM
LAUSANNE: Semua atlit Olimpik yang berpotensi dari Russia dan Kenya mesti menjalani penelitian tambahan sebelum dibenarkan bertanding dalam temasya Olimpik Rio berikutan timbul kecurigaan mengenai program antidadah di negara itu, kata Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC).
"Tanggapan bahawa seseorang tidak bersalah" bagi atlit kededua negara "kini serius dipersoal", kata panel eksekutif IOC, menyusuli sidang khas yang bertujuan memastikan dadah tidak membelenggu temasya Olimpik di Rio.