Menteri Negara (Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia) Encik Sam Tan menemui atlit Team Singapore di bandar Pasadena di Los Angeles pada pagi 24 Julai.
Rombongan dari Singapura itu melawat Sekolah Persediaan Flintridge - sebahagian daripada program 'Bandar Hos' yang dianjurkan sempena Sukan Olimpik Istimewa 2015 yang berlangsung dari 25 Julai hingga 2 Ogos.
Awal dari itu, para atlit turut melawat Perpustakaan Huntington.
Team Singapore diwakili 15 pegawai dan 33 atlit yang bakal bertanding dalam tujuh sukan - renang, atletik, badminton, boccia, bowling, bola sepak dan tenis meja.
Encik Tan dijadual berada di Los Angeles dari 22 hingga 28 Julai.
Selain mengambil bahagian dalam program 'Bandar Hos', Encik Tan dijadual turut mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Kesan Sosial Olimpik Istimewa.
Sukan Olimpik Istimewa turut dikenali sebagai Sukan Musim Panas Dunia dan diadakan secara berselang-seli dengan edisi musim sejuk.
Lebih 7,000 atlit dari 170 negara dijangka mengambil bahagian dalam 25 acara.