BANGKOK (Thailand): Australia akan sekali berentap dengan Thailand dalam perlawanan akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) malam ini.
Pertemuan berlangsung setelah Australia menewaskan Malaysia 6-2 manakala Thailand pula memusnahkan impian Vietnam dengan 'membantai' pasukan itu 6-0 dalam peringkat separuh akhir kelmarin.
Pasukan Singapura yang julung-julung kali tampil dalam masa 14 tahun setelah menyertai kejohanan edisi ke-12 ini buat pertama kalinya pada 2001, tewas dalam keempat-empat perlawanan peringkat saringan: Timor Leste (3-6); Thailand (0-8); Brunei (1-2); dan, Malaysia (0-5).
Dalam kejohanan ini, Singapura diletakkan dalam Kumpulan 'A'.
Pasukan Singapura dipimpin ketua jurulatih, Pattaya Piemkum, yang mempunyai pengalaman luas dalam sukan itu.
Pattaya dibantu oleh Wachiraphan Markmee, seorang jurlatih penjaga gawang futsal yang berpengalaman.
Perlawanan antara pasukan Australia menentang Thailand akan berlangsung pada 8 malam ini di Bangkok Arena.
Perlawanan bagi mengesahkan tempat ketiga dan empat, antara Malaysia dan Vietnam, kini sedang berlangsung.