Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN: Tuah berbeza dua bintang Spurs

Awal-awal lagi Spurs mula bincang lanjutkan kontrak Kane

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Tottenham Hostpur telah membuka perbincangan awal dengan Harry Kane mengenai pelanjutan kontrak, yang akan menempatkan beliau di kelab Liga Perdana itu pada tempoh gemilang kerjayanya.



Penyerang itu kali terakhir menandatangani perjanjian enam tahun pada 2018 tetapi pengerusi Spurs Daniel Levy sedar untuk teruskan usaha memastikan bintang kelab itu selesa sepenuhnya, terutama di tengah-tengah minat daripada kelab-kelab besar lain.



Manchester City telah melihat Kane sebagai pengganti berpotensi Sergio Aguero, dan dikatakan sekurang-kurangnya akan mempertimbangkan pemindahan pada musim panas manakala Paris Saint-Germain mungkin akan mengorak langkah - sebahagiannya oleh kerana pengaruh bos baru Mauricio Pochettino - sekiranya Kylian Mbappe meninggalkan kelab ke Real Madrid.



Kane telah lama menyatakan kepada pengurusan Spurs bahawa beliau sangat senang kekal di kelab tersebut selama mungkin selagi mereka bersaing untuk menang trofi, dan pemain berusia 27 tahun itu kini berpuas hati di bawah bimbingan Jose Mourinho.



Levy telah berhubung dengan pihak Kane mengenai perjanjian baru yang akan melebihi gaji semasanya £200,000 ($360,000) seminggu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >