PERTANDINGAN AKHIR LIGA JUARA-JUARA EROPAH
Azam Liverpool, Spurs jadi 'raja' Eropah
Reds jadi pilihan, Spurs selesa jadi underdog
Jun 01, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Pasukan Liverpool melangkah masuk ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok (3 pagi waktu Singapura) sebagai pasukan pilihan menyusuli musim yang disifatkan pengurusnya, Jurgen Klopp, sebagai 'musim menakjubkan'.
Namun, meskipun menjadi pasukan pilihan ramai, Klopp menekankan kepada pemainnya supaya tidak terlalu yakin kerana sambil memberi amaran musim menakjubkan itu boleh berakhir sekali lagi dengan tangan kosong bagi Liverpool jika mereka tidak memberi persembahan terbaik semasa menentang Tottenham Hotspurs.