SKANDAL DALAM ATLETIK
Badan dunia ingin perkenal pembaharuan
Ketua IAAF mahu kejadian rasuah libatkan pemimpin tidak berulang
MUNICH (Jerman): Ketua atletik dunia Sebastian Coe akur bahawa Majlis Persekutuan Atletik Amatur Antarabangsa (IAAF) - dengan beliau adalah antara anggotanya sejak sekian lama - seharusnya menyedari wujudnya rasuah di kalangan pucuk pimpinan badan penguasa antarabangsa sukan itu.
Coe, bagaimanapun, memberitahu agensi berita Reuters bahawa beliau akan memperkenalkan pembaharuan bagi memastikan skandal itu tidak berulang.