Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Badminton: Juara dunia Singapura Loh Kean Yew tewas di peringkat akhir India Open

Jan 16, 2022 | 11:13 PM



PEMAIN badminton negara Loh Kean Yew mengalami kekalahan pertamanya sebagai juara dunia apabila beliau ditewaskan 24-22, 21-17 oleh pemain nombor 17 dunia India Lakshya Sen di peringkat akhir India Open pada Ahad (16 Jan).



Dalam perlawanan selama 54 minit antara dua bintang muda di Stadium Tertutup Indira Gandhi itu, Sen yang berusia 20 tahun menunjukkan pertahanan lebih baik untuk mencapai kemenangan di acara yang diadakan di New Delhi itu. 



Ini merupakan kemenangan ketiganya terhadap Loh, 24 tahun, dalam lima pertemuan, lapor The Straits Times.



Ia juga merupakan kejuaraan Sen yang ke-10 dan kemenangan pertama dalam Super 500. Pemain warga India itu menerima cek pemenang AS$30,000 ($40,400), manakala Loh, yang kini pemain nombor 15 di dunia, membawa pulang AS$15,200.



Meskipun mengalami kekalahan, Loh, seorang warga Singapura, dijangka naik ke tempat ke-12 dalam senarai pemain terbaik di dunia yang akan dikeluarkan pada Selasa, manakala Sen dijangka naik ke tangga ke-13.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >