Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Baey Yam Keng lawat atlit silat, takraw jelag Sukan SEA

Apr 29, 2017 | 07:25 AM



SEMPENA Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 yang akan menjelang, Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Encik Baey Yam Kaeng melawat sekitar 30 atlit daripada Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) dan Persekutuan Silat Singapura (Persisi) sewaktu sesi latihan mereka semalam.



Dalam lawatan tersebut, Encik Baey sempat berinteraksi dengan para pesilat serta pemain sepak takraw, dan mengenali sukan-sukan tersebut dengan lebih lanjut.



Selain daripada mempelajari bagaimana untuk bermain sepak takraw dengan pasukan sukan tersebut, Encik Baey turut beraksi dalam seragam silat.



Bagi Muhd Nur Alfian Jumaen, juara silat bagi Sukan SEA tahun lepas, beliau amat berbesar hati atas lawatan Encik Baey.



“Selalunya, kami menjalani latihan seperti biasa. Namun selepas lawatan hari ini, ia memberi kami lebih motivasi untuk melakukan yang lebih baik bagi Singapura kerana ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah memberi kami sokongan yang penuh,” ujar Alfian, 20 tahun.



Alfian merupakan antara empat pesilat yang sudah disahkan akan berentap di Sukan SEA di Kuala Lumpur Ogos ini.



Menurut Presiden Persisi, Mohamed Yasril Mohamed Yasil, mereka akan tetap menghantar beberapa pesilat lagi untuk diluluskan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).



Jelas, persiapan untuk Sukan SEA sedang rancak, lebih-lebih lagi, ia merupakan musim pertandingan silat.



“Atlit kami berlatih enam kali seminggu dan sebahagian mereka, tiga kali sehari. Kami juga menyediakan tempat latihan di OCBC Arena yang lebih lengkap berbanding kawasan latihan kami sekarang,” ujarnya.



Yasril menambah bahawa beliau mengundang jurulatih mental untuk memberi dorongan kepada para pesilat yang sedang mengimbangi masa mereka di antara sukan tersebut dan komitmen lain.

“Saya berharap para pesilat dapat membawa pulang sekurang-kurangnya lima pingat emas tahun ini,” katanya positif.



Bagi pasukan sepak takraw pula, mereka sedang giat berusaha untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan SNOC melalui rayuan mereka.



Baru-baru ini, selepas SNOC menyenaraikan sebanyak 34 acara sukan dan 840 atlit dalam sukan SEA, sepak takraw tidak termasuk  dalam senarai yang akan mewakili Singapura dalam temasya tersebut.



Menurut Presiden Perses, Abdul Halim Kader, mereka akan menghantar pasukan sepak takraw mereka ke pertandingan Kejohanan Sepak Takraw 6-Nation di Kuala Lumpur dari 14 hingga 21 Mei akan datang.



“Saya yakin dengan para pemain, dan berharap ini dapat memberi bukti (justification) bagi kami untuk meningkatkan rayuan kami (push our appeal),” ujarnya.



Halim turut menambah bahawa Perses akan membuat rayuan untuk mengetengahkan regu yang mendapat pingat perak dalam sukan SEA lalu.



Sedang usaha giat dirancakkan, Encik Baey berharap kedua-dua sukan dapat menghantar para atlit mereka untuk mewakili Singapura nanti meskipun ada yang belum menemui kriteria SNOC.



“Saya gembira bahawa mereka mempunyai struktur latihan yang baik, serta sokongan keluarga. Bagi saya, ini penting untuk mendorong para atlit. Saya harap mereka terus tekun, dan amat berterima kasih atas pengorbanan masa dan titik peluh mereka bagi negara ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >