PIALA NATIONS
Bahang kejohanan kian dirasa
Skuad nasional bawah 21 tahun dijulang semangat tinggi untuk tebus kekecewaan dalam Sukan SEA tahun lalu
Jun 03, 2016 | 05:30 AM
BAHANG kejohanan Piala Nations - yang julung-julung kali diadakan - kian dirasakan skuad bola sepak nasional bawah 21 tahun.
Apa tidaknya, mereka akan bertemu seteru tradisi dan tuan rumah kejohanan tersebut, Malaysia, di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebagai perlawanan pertama malam ini.