Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA HANOI

Bahang temasya kian terasa di Hanoi

May 07, 2022 | 05:30 AM



SUKAN SEA di Hanoi hanya akan membuka tirainya secara rasmi minggu depan, namun kehangatan temasya sukan Asia Tenggara itu sudah pun dapat dirasakan di sekitar kota Vietnam tersebut.



Di lapangan terbang Noi Bai serta jalan raya yang menuju ke Stadium Negara My Dinh - lokasi bagi acara utama termasuk upacara pembukaan dan penutup, serta pertandingan bola sepak - kini dipagari sepanduk dan papan tanda yang menyambut kedatangan rombongan atlet, pegawai dan media dari rantau ini.



Singapura diwakili 427 atlet yang akan beraksi dalam 33 cabang sukan.



Antara mereka ialah bekas juara renang Olimpik, Joseph Schooling; juara dunia badminton, Low Kean Yew; dan juara dunia silat tiga kali, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, yang juga mendapat pengiktirafan sebagai pembawa bendera negara di acara pembukaan pada 12 Mei nanti.



Namun beberapa acara telah pun berlangsung lebih awal termasuk bola sepak di mana Singapura akan membuka kempennya dalam pertemuan dengan Laos malam ini.



Semasa lawatan Berita Harian (BH) ke Pusat Sukan Nam Dinh semalam, pasukan Bawah 23 Tahun Singapura pimpinan jurulatih Nazri Nasir giat menjalani latihan terakhir sebagai persiapan perlawanan pembukaannya nanti.



Sukan SEA ke-31 di Hanoi ini berlangsung 12-23 Mei.



Ini adalah kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan berprestij ini selepas 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >