Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE

Bak bertemu buku dengan ruas

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL melangkah ke padang Anfield esok berbekal tekad meneruskan momentum kemenangan menyusuli kemenangan besar 9-0 ke atas Bournemouth pada hujung minggu lalu.



Kemenangan itu membolehkan Liverpool meraih kemenangan pertama pada musim Liga Perdana England ini, selepas tewas sekali dan seri dua kali dalam tiga perlawanan pertama.



Newcastle pula bertandang ke Anfield dengan azam kembali meraih kemenangan, selepas kemaraan disekat oleh Wolverhampton Wanderers pada minggu lalu, yang berjaya mengikat Newcastle 1-1.



Keupayaan Liverpool untuk terus bersaing bagi kejuaraan liga dengan Manchester City musim ini menjadi tanda tanya selepas ia diikat oleh Fulham dan Crystal Palace dalam dua perlawanan pertama.



"Soalan" yang dilontarkan ke arah Juergen Klopp dan anak didiknya menjadi lebih lantang selepas mereka tewas 1-2 kepada Manchester United.



Namun, Liverpool bangkit menunjukkan ketangkasannya dalam perlawanan dengan Bournemouth di tempat sendiri.



Dan ia berharap dapat meneruskan momentum kemenangan semasa menerima kunjungan Newcastle pada dinihari Khamis ini, hanya tiga hari sebelum bertandang ke Goodison Park untuk bertemu seteru sekota Everton dalam derby Merseyside.



Menyusuli itu, Liverpool membuka tirai kempen Liga Juara-Juara Eropah pada 7 September dalam perlawanan dengan Napoli.



Namun, Klopp bersikap tenang apabila menjawab soalan wartawan, yang bertanya sama ada Liverpool perlu membeli pemain baru untuk memperkukuh pasukan, berlatar beberapa kecederaan yang kini menimpa pemain tunggak seperti Diego Jota, Thiago Alcantara, Joel Matip, Curtis Jones, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita.



Pemain baru, Darwin Nunez, juga tidak dapat beraksi kerana digantung tiga permainan.



"Kami tidak akan terburu-buru membeli pemain... pemain yang ada memadai untuk kita. Jika kita membeli pemain pun, beliau perlu mempunyai ciri-ciri yang kami perlukan.



"Keadaan ini bukan ideal, tapi kami terima kerana ia adalah sebahagian hidup sebagai kelab bola sepak dalam pertandingan elit," ujar Klopp.



Musim lalu, Liverpool menewaskan Newcastle dua kali dalam liga dan ia juga belum lagi tewas kepada pasukan bergelar The Magpies sejak Disember 2015.



Namun keadaan berbeza kali ini.



Newcastle bukan sahaja menunjukkan form hebat di penghujung musim lalu, malah pemilik barunya - konsortium yang berhubung kait dengan kerajaan Arab Saudi - telah membuat pelaburan besar untuk membeli pemain berkaliber.



Ini termasuk membeli Aleksandar Isak dari Sweden yang boleh diturunkan buat julung-julung kali dalam perlawanan ini.



Newcastle telah membuka tirai liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Nottingham Forest, sebelum ia diikat seri oleh Brighton & Hove Albion.



Namun, cara ia mengikat seri juara bertahan Manchester City, dalam perlawanan selanjutnya amat menggemparkan.



Ia juga menunjukkan ia mampu bangkit walau di ambang kekalahan selepas Allan Saint-Maximin menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan dengan Wolves untuk merampas satu mata bagi pasukannya.



Buat masa ini, Newcastle berada di tangga ketujuh dengan enam mata, satu mata melebihi Liverpool.



Dalam pada itu, pendahulu liga Arsenal bertemu Aston Villa pada hari yang sama dengan harapan meraih tiga mata maksimum dan memperkukuh kedudukan di puncak liga.



Ia perlukan tiga mata menjelang pertemuan sukar dengan Manchester United di Old Trafford pada Sabtu ini.



United pula dijangka gunakan perlawanan dengan Leicester esok sebagai persediaan sebelum berentap dengan Arsenal. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >