Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bakat muda SG rangkul kejuaraan antarabangsa sulungnya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BADMINTON

Bakat muda SG rangkul kejuaraan antarabangsa sulungnya

Oct 16, 2021 | 05:30 AM

SEMENTARA Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min menjadi pemain badminton utama Singapura sejak beberapa tahun lalu, bakat seorang lagi bintang sedang diasah dan kini Jaslyn Hooi mula menunjukkan potensinya setelah merangkul kejuaraan antarabangsa sulung beliau.

Pada 26 September lalu, 10 hari sebelum hari lahirnya yang ke-21, Hooi menewaskan Samiya Imad Farooqui dari India 21-11, 21-9 untuk menang final kejohanan Antarabangsa Poland.

Beliau membawa pulang hadiah AS$500 ($677) selepas menjuarai acara Cabaran Antarabangsa itu dan naik daripada kedudukan ke-135 kepada ke-119 dalam ranking dunia.

Dengan acara sukan antarabangsa dibuka semula secara bertahap, beliau sasar untuk bermain dalam kejohanan lebih besar dan mencatat ranking lebih tinggi untuk melayakkan diri dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Hooi berkata: "Saya garis matlamat untuk berada dalam kelompok 80 pemain teratas sebelum hujung tahun ini, bermain dan beraksi dengan baik dalam kejohanan lebih besar, dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik seterusnya. Kemenangan ini bantu mengesahkan bahawa saya berada di laluan yang tepat.

"Saya punya keupayaan bermain gaya yang berbeza dan menunjukkan pelbagai strategi, sama ada kepantasan dan kekuatan atau aksi pertahanan. Tetapi, saya masih boleh perbaiki diri dari segi ketahanan fizikal dan mental, dan lebih tenang untuk membuat keputusan yang tepat semasa berada di dalam gelanggang."

Hooi disokong pengarah teknikal Persatuan Badminton Singapura Martin Andrew, warga Britain yang bekerjasama dengan jurulatih nasional Mulyo Handoyo dan Kelvin Ho untuk membantu pemain nasional mencapai potensi mereka.

Andrew berkata: "Jaslyn adalah pemain dengan gaya menyerang, menggunakan kekuatan dan trajektori dengan kawalan yang baik untuk mengatasi lawannya secara taktikal dan fizikal. Dia memiliki banyak kelebihan dari segi kekuatan dan gaya permainan agresifnya. Tapi, gaya ini juga ada kekurangannya, jadi ia bergantung pada kualiti pukulan yang baik dan keyakinan bahawa anda dapat menang mata.

"Bahagian pembangunan Jaslyn, ketika dia melangkah ke peringkat lebih tinggi badminton sedunia, akan termasuk memperbaiki keupayaan fizikal, mental dan teknikal untuk membolehkan dia bersaing di tahap lebih tinggi sementara masih mengekalkan gaya permainan menyerang semula jadinya, yang akan membolehkan dia mencabar pemain di kedudukan ranking lebih tinggi."

Hooi, yang dilahirkan di Penang, menceburi sukan badminton pada usia 10 tahun dek pengaruh bapanya.

Beliau dijangka kekal di Eropah untuk bermain dalam Terbuka Belanda pada 13 hingga 17 Oktober, Terbuka Czech pada 21 hingga 24 Oktober dan Terbuka Belgium pada 27 hingga 30 Oktober.

Kelmarin, beliau menewaskan warga Slovenia Petra Polanc 21-19, 21-16 dalam pusingan pertama Terbuka Belanda untuk meneruskan persembahan mantapnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3