Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Bakat muda Shah Shahiran ikat kontrak 5 tahun dengan Tampines

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN nasional bawah 22 tahun Shah Shahiran telah mengikat kontrak lima tahun dengan Tampines Rovers - pemain kedua yang berbuat demikian dalam tempoh seminggu.



Semalam, Tampines Rovers, mengumumkan Shah - yang pertama kali menyertai kelab itu dari Akademi Bola Sepak Nasional (NFA) pada 2018 - akan kembali menyarung jersi kelab tersebut pada 2023.



Buat masa ini, beliau sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan dipinjamkan kepada Young Lions sehingga Disember 2022.



Kontrak lima tahun yang ditandatanganinya itu dijangka bermula selepas tamat tempoh NS dan akan berlanjutan sehingga Disember 2027.



Kontrak lima tahun itu - yang paling panjang diberikan oleh sebarang kelab dalam Liga Perdana Singapura (SPL) adalah yang kedua diberikan oleh Tampines kepada pemainnya minggu ini.



Pemain asal Jepun, Kyoga Nakamura, 25 tahun, juga diberikan kontrak serupa dan akan beraksi dengan Tampines Rovers sehingga Disember 2026.



Sebelum ini, kontrak paling lama yang diberikan kepada pemain SPL ialah kontrak tiga tahun setengah dan tiga tahun yang masing-masing diberikan oleh Lion City Sailors kepada kapten pasukan nasional Hariss Harun dan pemain midfield nasional M. Anumanthan.



Mengongsi perasaannya bersama Berita Harian, Shah, yang bergerak di midfield, meluahkan rasa bersyukur dan terharu atas tawaran kontrak yang diberikan, yang dianggap jarang berlaku, terutamanya kepada pemain muda di sini.



Beliau menambah kontrak jangka panjang itu akan memberi beliau kestabilan untuk memburu masa depan lebih cerah dalam kerjaya bola sepak.



"Ia sangat bermakna buat saya untuk mendapat kontrak lima tahun ini, lebih-lebih lagi pada usia muda. Kontrak jangka panjang ini, membuka peluang bagi saya untuk lebih banyak beraksi di padang dan boleh membantu saya menjadi pemain lebih berkebolehan," kata Shah, yang beraksi dalam 52 perlawanan bagi Tampines.



Menurut Shah, beliau tidak berlengah menerima tawaran kontrak daripada Tampines itu, kerana beliau telah menyokong kelab tersebut sejak kecil lagi dan adalah menjadi impiannya untuk berbuat demikian.



"Tampines telah memberi saya peluang untuk menunjukkan keupayaan saya di padang.



"Kelab itulah yang yang membantu saya menjadi pemain yang anda lihat sekarang.



"Falsafah pasukan sesuai dengan saya dan saya benar-benar selesa bermain dengan mereka. Jadi, saya tidak perlu fikir dua kali untuk kembali ke Tampines... Ia benar-benar satu impian yang menjadi nyata," tambahnya.



Ketua jurulatih Tampines Rovers Gavin Lee memuji perkembangan Shah sepanjang tiga tahun di kelab itu dan teruja untuk menyambut bakat muda itu semula ke skuadnya.



"Shah telah banyak memperbaiki permainannya," kata Lee, yang memimpin Tampines ke tangga keempat liga pada musim lalu.



"Sepanjang tiga tahun ini, beliau telah menunjukkan kemajuan... daripada sekadar pemain di pinggir pasukan utama kepada anggota pasukan yang penting... juga dalam pertandingan peringkat rantau.



"Beliau mempunyai keinginan besar untuk menang dalam apa sahaja yang disertainya dan itu adalah satu lagi sifat utama yang penting bagi kelab pada masa akan datang."



Dengan laluan kerjayanya kini lebih terjamin, Shah, yang telah enam kali mewakili Singapura di peringkat bawah 22 tahun, berharap dapat membantu Tampines kembali bersaing bagi kejuaraan liga dan memenangi trofi sekembalinya ke kelab itu pada tahun depan.



Namun buat masa ini, beliau akur sedang menumpukan perhatian untuk bersaing bagi tempat dalam kesebelasan utama Young Lions.



Beliau juga telah menetapkan sasaran merebut tempat di pasukan nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >