Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Bakat muda wira kemenangan Arsenal

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata Eddie Nketiah mempunyai masa depan di kelab itu selepas beliau menjaringkan gol yang membantu pasukan itu menewaskan Leeds United dan mara ke suku akhir Piala Liga England.



Pemain gantian Calum Chambers menanduk masuk gol pembukaan sejurus selepas dimasukkan ke padang dalam separuh masa kedua, sebelum Nketiah, yang pernah menyarung jersi Leeds, menjaringkan gol kedua dan menjamin kemenangan bagi The Gunners.



Beliau bertindak bijak untuk melambung bola mengatasi penjaga gawang Illan Meslier sebelum menyempurnakan sentuhannya bagi bola mengatasi garisan gol.



"Saya benar-benar yakin beliau adalah pemain yang berpotensi dan akan menjadi pemain hebat bagi Arsenal," ujar Arteta, yang juga telah membantu pembangunan beberapa pemain muda lain kelab itu termasuk Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka.



"Saya gembira beliau bersama kami dan beliau adalah anggota penting pasukan kami. Saya mahu beliau kekal di sini," ujar Arteta lagi.



Leeds memulakan perlawanan dengan lebih bertenaga dan hampir menjaringkan gol pertama, tetapi Arsenal berjaya bertahan dan memastikan kedudukan seri 0-0 di waktu rehat.



Chambers a menemui sasaran 10 minit selepas babak kedua dimulakan dan selepas itu, kelihatan selesa mengawal bola.



Nketiah, 22 tahun, yang sebelum ini dikaitkan dengan pemindahan ke Crystal Palace, juga bertindak cemerlang, mengawal bola dan tidak membenarkan lawan merampasnya di midfield.



Ini adalah kali kedua beliau beraksi pada musim ini dan kontraknya dijangka luput di akhir musim.



"Sebenarnya, kami cuba menghuraikan perihal kontrak sebelum musim bermula, tetapi perlukan sedikit masa lagi," ujar Arteta, yang menambah pandemik Covid-19 telah merumitkan keadaan.



Arsenal, yang berazam memenangi trofi itu buat kali pertama sejak 1993, kini perlu menanti sehingga Sabtu ini untuk mendapat tahu lawannya dalam suku akhir nanti. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >