Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Balestier perlukan tuah, Warriors mahu teruskan kemenangan

Jul 19, 2019 | 05:30 AM



BALESTIER Khalsa seperti memerlukan tuah jika mahu mengubah nasib mereka musim ini.



Tujuh kekalahan berturut-turut menyaksikan mereka tercampak di tangga tercorot Liga Perdana Singapura (SPL) dengan 11 mata selepas 15 perlawanan.



Ini merupakan rekod kekalahan paling buruk yang pernah dialami mereka sejak September 2011.



Dalam tujuh perlawanan terakhir mereka itu, Balestier gagal mempertahankan gawang mereka yang telah dibolosi sebanyak 20 kali.



Keputusan ini membimbangkan ketua jurulatih pasukan itu, Khidhir Khamis.



"Kualiti yang terdapat di dalam dan sekitar pasukan ini terlalu tinggi untuk kita berada dalam situasi sebegini.



"Dengan setiap kekalahan, kita juga hilang sedikit keyakinan dalam kemampuan dan potensi sendiri. Ini adalah perkara yang perlu kita tangani dengan segera.



"Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk membangkitkan semangat antara satu sama lain dan mula menyedari tentang apa yang mampu kita tawarkan untuk keluar dari kemelut musim ini," kata Khidhir.



Akur bahawa keputusan itu telah menjejas mood dan persembahan pemainnya, Khidhir menegaskan bahawa mereka telah menjalankan reviu terhadap persembahan mereka.



Beberapa isu yang dirasakan menjadi halangan dalam mendapatkan kemenangan telah pun diketengahkan sewaktu perbincangan mereka.



Jelas masalah keyakinan dalam kalangan pemainnya juga perlu ditanganinya dengan segera.



"Perkara pertama yang harus saya lakukan adalah untuk membuat mereka merasakan dan tahu bahawa mereka mampu melakukan lebih daripada apa yang telah mereka berikan ketika tujuh perlawanan terakhir kami.



"Mereka perlu mula mempercayai diri mereka sendiri dan juga percayakan bahawa kita boleh mengubah nasib kelab ini sebagai satu pasukan untuk terus maju ke hadapan.



"Kita hanya perlukan satu keputusan yang positif untuk meningkatkan semangat itu semula untuk menjadi lebih kuat," tegasnya lagi.



Namun begitu, Balestier masih perlu tempuhi satu lagi cabaran besar dalam perlawanan mereka seterusnya malam ini.



Mereka bakal bertandang ke Stadium Jurong East dalam pertemuan dengan Warriors FC.



Mengulas tentang persembahan lawannya sejak kebelakangan ini, Khidhir berkata:



"Mereka mempunyai satu unit yang kohesif dengan pemain individu yang berbakat terutama di hadapan.



"Kita perlu berwaspada dalam melaksanakan pelan perlawanan untuk mendapatkan keputusan yang positif.



"Siapa sahaja yang kita lawan pada masa ini, ia tetap menjadi cabaran besar buat kami, tetapi itulah yang perlu kita jangkakan untuk musim ini.



"Kita akan cuba menguasai perlawanan ini...apabila kita beraksi dengan potensi sebenar, kita mungkin sebuah pasukan yang sukar untuk ditangani. Saya yakin kita mampu mendapatkan keputusan positif nanti."



Manakala itu, jurulatih pasukan utama Warriors, Azlan Alipah enggan terbawa-bawa dengan kemenangan mereka pada hujung minggu lalu.



Warriors berjaya menewaskan Tampines Rovers 2-1 di Stadium Our Tampines Hub - sekali gus menjadikan mereka pasukan pertama untuk menewaskan The Stags itu di kubu sendiri selepas 11 perlawanan.



"Untuk kembali ke landasan yang betul, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah untuk kekal konsisten.



"Para pemain saya perlu percaya kepada keupayaan mereka dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai keputusan yang positif.



"Terdapat baik dan buruknya apabila pasukan lain sedar akan kemampuan sebenar kami, tetapi bagi saya, apa yang lebih penting sekarang adalah baki perlawanan yang masih perlu kita tempuhi.



"Kita harus mengumpul sebanyak mata yang termampu untuk berada setanding dengan pasukan terhebat," ujar Azlan.



Mengulas tentang perlawanan malam ini pula, Azlan berkata:



"Kita tidak mampu bersikap terburu-buru dan meremehkan Balestier. Mereka telah menewaskan kami 4-2 di pusingan pertama pada April lalu dan tahu bahawa mereka akan cuba memberikan saingan yang sengit sekali lagi.



"Kita perlu berhati-hati. Jika kita mampu mengekalkan rentak permainan kita dari perlawanan sebelum ini, saya rasa kami mempunyai peluang untuk mendapatkan keputusan positif."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >