Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

Balotelli jaring gol pertama, bantu Liverpool atasi Spurs 3-2

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Balotelli jaring gol pertama, bantu Liverpool atasi Spurs 3-2

Feb 11, 2015 | 09:11 AM

MARIO BALOTELLI menjaringkan gol Liga Perdana England pertama musim ini bagi membantu Liverpool mengatasi Tottenham Hotspur 3-2 dalam perlawanan penuh aksi di Anfield.

Walau bangkit setelah ketinggalan dua kali dalam perlawanan, Spurs gagal mengelak kekalahan selepas Balotelli menjaringkan gol ketiga pada minit ke-83.

Lazar Markovic membuka tirai jaringan pada minit ke-15, sebelum bintang muda Harry Kane menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Liverpool kembali mendahului Spurs sejurus selepas waktu rehat melalui tendangan penalti Steven Gerrard tetapi Mousa Dembele berjaya mengikat jaringan menjadi 2-2 pada minit ke-61.

Namun malam miliki Balotellil, yang menjaringkan gol kemenangan dari jarak dengan tujuh minit sebelum perlawanan berakhir.

Kemenangan itu merapat jurang antara Liverpool dengan Arsenal di tempat keempat dalam liga - posisis kelayakan Liga Juara-Juara Eropah terakhir. Ia kini memiliki 43 mata, tiga mata di belakang Arsenal dan satu mata di belakang Spurs.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3