Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Banyak masa tambahan diberi dalam perlawanan Piala Dunia 2022

Nov 23, 2022 | 06:09 AM



DOHA: Piala Dunia 2022 baru sahaja berlangsung dua hari tetapi kita sudah melihat satu keadaan di mana masa tambahan diberikan dengan begitu banyak.



Empat perlawanan setakat ini mempunyai hampir 65 minit masa tambahan antara mereka, dengan perlawanan England menentang Iran berlangsung selama 117 minit dan 16 saat.



Sebahagiannya disebabkan kecederaan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand, yang mengalami konkusi di kepala yang teruk.



Tetapi ia juga merupakan sebahagian daripada usaha bersepadu Fifa untuk mengurangkan pembaziran masa dengan memantau lebih tepat jumlah masa permainan dihentikan.



Sebab permainan dihentikan termasuk kecederaan, keputusan video penolong pengadil, penggantian, penalti dan kad merah, dengan sesetengah pemain sering sengaja melambatkan permulaan semula selepas insiden sedemikian untuk cepat menamatkan masa perlawanan.



Pengerusi jawatankuasa pengadil Fifa, Pierluigi Collina, mengesahkan minggu lalu bahawa pegawai keempat telah diarahkan untuk menjejaki masa yang hilang semasa perlawanan dalam kejohanan di Qatar itu, sesuatu yang mereka juga cuba lakukan pada Piala Dunia sebelumnya di Russia pada 2018.



“Di Russia, kami cuba untuk bersikap lebih tepat dalam menggantikan masa yang hilang semasa perlawanan dan itulah sebabnya anda melihat tambahan enam, tujuh atau lapan minit,” katanya kepada ESPN.



“Fikirkanlah: jika anda mempunyai tiga gol dalam satu separuh, anda mungkin akan kehilangan empat atau lima minit secara keseluruhan untuk meraikan gol dan memulakan semula perlawanan.”



Hasil pendekatan baru ini adalah jumlah rekod yang berjaya dicipta.



Menurut Opta, empat babak tunggal dengan masa kecederaan terbanyak dalam satu perlawanan Piala Dunia, sejak rekod mula dicatat pada 1966, semuanya berlaku kelmarin (waktu tempatan):



– England lawan Iran separuh masa pertama (14:08 minit)



– England lawan Iran separuh masa kedua (13:08)



– Amerika Syarikat lawan Wales separuh masa kedua (10:34)



– Senegal lawan Belanda separuh masa kedua (10:03)



Tidak mengejutkan, semua masa tambahan itu menyebabkan gol yang lewat.



Penalti Mehdi Taremi semasa Iran menentang England muncul pada minit 102:30, iaitu gol terbaru Piala Dunia yang paling lewat dijaringkan. Ini tidak termasuk masa tambahan.



Ia pantas diikuti oleh gol kedua paling lewat, hasil sumbangan Davy Klaassen untuk Belanda selepas 98 minit dan 17 saat.



Pendekatan itu sudah tentu menimbulkan kekecohan di media sosial, dengan beberapa peminat memuji percubaan Fifa untuk mengekang pembaziran masa tetapi yang lain merasakan ia membawa kepada tempoh permainan yang terlalu panjang.



Walau apapun, ia sepatutnya membuatkan anda berfikir dua kali jika anda pernah terfikir untuk meninggalkan perlawanan lebih awal. Anda tidak tahu berapa banyak aksi yang akan anda terlepas. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >