Barca yakin Messi atasi Ronaldo sebagai pemain termahal dunia

BARCELONA (Sepanyol) - Lionel Messi dijangka menjadi pemain termahal dunia dengan menikmati gaji tertinggi sekiranya bersetuju menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona, kata presiden kelab itu, Encik Josep Maria Bartomeu.

Dalam pada itu, bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, dilaporkan telah bersetuju menerima bayaran berjumlah 365,000 pound seminggu selepas mengikat kontrak lima tahun bersama Real Madrid bulan lalu.

Namun begitu, Bartomeu berkata Barcelona akan membayar gaji lebih tinggi supaya Messi tidak meninggalkan Camp Nou.

Difahamkan kontrak penyerang kebangsaan Argentina itu akan tamat pada 2018.

Messi mendapat sorotan dua kelab. Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City manakala sebuah kelab Liga Super China, Hebei China Fortuna, yang dikendalikan Manuel Pellegrini melahirkan kesangguppan membayar 500 juta pound setahun kepada Messi agar menyertai kelab tersebut.

Barcelona bagaimanapun tidak terlalu bimbang kemungkinan kehilangan Messi.

"Tidak dinafikan bahawa lambat laun kita akan memperbaharui kontrak dengan Messi.

"Saya harap dia akan menamatkan kariernya di sini, dan selepas itu saya yakin dia akan terus dikaitkan dengan kelab ini.

"Dia adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dan kami akan berusaha keras untuk memperbaharui kontraknya," kata Bartomeu.

Bartomeu turut mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mendakwa Messi lebih layak mendapat anugerah Ballon d'Or berbanding Ronaldo.

"Pada saya, anugerah Ballon d'Or sepatutnya menjadi milik Messi setiap tahun.

"Anda tidak perlu menjadi peminat Barca untuk memberi merit kepada Messi. Dia merupakan pemain No.1, itu tidak dapat dinafikan," katanya. - Agensi, mStar Online

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.