Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SEPANYOL

Barcelona berhutang lebih $2b, keadaan membimbangkan

Presiden kelab salahkan pengurusan lama kerana 'penuh dengan pembohongan'
Aug 18, 2021 | 05:30 AM



BARCELONA: Presiden Barcelona Joan Laporta mendedahkan bahawa kelab Sepanyol itu mempunyai hutang sebanyak 1.35 bilion euro ($2.16 bilion), sambil menyifatkan situasi mereka "membimbangkan".



Bil gaji kelab itu membentuk 103 peratus jumlah pendapatan mereka - jauh lebih tinggi daripada kelab pesaing mereka.



Laporta menyalahkan bekas presiden Josep Maria Bartomeu bagi hutang tersebut, dan menuduhnya meninggalkan "aset dahsyat".



Melanjutkan kontrak penyerang bintang Lionel Messi akan menyaksikan bil gaji itu menelan hingga 110 peratus pendapatan Barca, yang enggan diterima La Liga.



Messi meninggalkan Camp Nou minggu lalu dalam satu pengumuman penuh emosi dan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Perancis Paris Saint-Germain (PSG).



"Gaji kami membentuk 103 peratus jumlah pendapatan kelab, iaitu sekitar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada pesaing kami. Kami menghadapi situasi sukar untuk merundingkan semula kontrak pemain," kata Laporta, yang kini berada dalam penggal kedua sebagai presiden kelab itu.



"Perkara pertama yang harus kami lakukan ketika kami (pengurusan baru) tiba ialah memohon pinjaman 80 juta euro kerana jika tidak, kami tidak dapat membayar gaji.



"Rejim sebelum ini penuh dengan pembohongan.



"Barcelona mempunyai nilai bersih negatif 451 juta euro - ia adalah aset mengerikan. Apa yang berlaku sangat membimbangkan."



Bartomeu membela dirinya dalam satu surat terbuka yang dikeluarkan Sabtu lalu, dengan mendakwa bahawa sekiranya beliau tidak dipaksa mengundurkan diri Oktober lalu, beliau akan mengambil langkah-langkah kewangan tertentu untuk mengekalkan Messi di Barcelona.



"Seperti yang diketahui, lembaga pengarah kami merancang mengadakan pemilihan pada 21 Mac, dalam tempoh sah pada akhir mandat kami, yang akan membolehkan kami melaksanakan penyelesaian akaun musim 2020-21," kata Bartomeu.



"Kami kemudian akan mengambil keputusan yang diperlukan untuk tidak sampai pada keadaan kewangan sekarang.



"Kami adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab bagi penutupan (disebabkan pandemik Covid-19) dan akibatnya, keputusan yang tidak diambil oleh lembaga baru sepanjang beberapa bulan terakhir ini, yang membuat mereka tidak aktif."



Laporta menyifatkan surat Bartomeu itu sebagai satu "usaha untuk menunjukkan pengurusan perkara yang tidak dapat ditunjuk" dan juga satu "usaha yang dilakukan disebabkan keadaan terdesak", sambil menambah: "Mereka tidak akan terlepas daripada perbuatan mereka."



Pemain baru Memphis Depay, Eric Garcia dan Rey Manaj, hanya dapat didaftarkan oleh La Liga setelah pemain pertahanan Gerard Pique bersetuju dengan pemotongan gaji untuk mematuhi peraturan had gaji. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >