PIALA FA ENGLAND
Barisan pelapis Liverpool 'sangkut' bila jumpa Shrewsbury
Jika Liverpool menang perlawanan ulangan, ia mungkin hadapi Chelsea di pusingan ke-5; Rooney mungkin temu kelab lamanya Man Utd
Jan 29, 2020 | 05:30 AM
LONDON: Liverpool mungkin bertemu Chelsea dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA, manakala Wayne Rooney mungkin bertemu semula bekas kelabnya, Manchester United, menyusuli jadual yang diaturkan kelmarin.
Namun Liverpool, yang membariskan pasukan bukan utamanya sepanjang pertandingan tersebut, perlu mengatasi kelab liga tahap ketiga England, Shrewsbury Town, dalam perlawanan ulangan pusingan keempat di Anfield sebelum dapat bertemu pasukan kendalian Frank Lampard, Chelsea, di Stamford Bridge.