LEWAT dalam perlawanan antara Singapura dengan Malaysia minggu lalu, Amirul Adli 'menjatuhkan' bahunya dan menggelecek bola melepasi dua pemain lawan, sebelum membuat hantaran kemas ke rakan sepasukannya.
Gerakan tersebut bukan sahaja menarik perhatian lebih 40,000 penyokong setempat di Stadium Negara, malah seolah-olah memperkenalkan pemain pertahanan Courts Young Lions (CYL) itu kepada mata 'serantau'.