SEMENTARA gembira pulang ke Singapura selepas hampir dua tahun merantau, Mahathir Azeman akur beliau tidak sabar kembali ke Brazil.
Pemain midfield berusia 18 tahun itu pulang minggu lalu demi menjalani Perkhidmatan Negara (NS), walaupun kelabnya di sana - Boavista SC - berminat melanjutkan kontrak setahun yang berakhir bulan ini.