PREVIU LIGA JUARA-JUARA
Bayern ada kelebihan atasi Liverpool, tapi 'sesiapa sahaja boleh menang'
Mar 13, 2019 | 05:30 AM
MUNICH: Menyusuli persembahan hambar semasa seri 0-0 dalam perlawanan pertama di Anfield, para penyokong Liverpool mengharapkan persembahan jauh lebih baik dari pasukan mereka untuk mengatasi 'pakar Liga Juara-Juara Eropah', Bayern Munich.
Liverpool ketandusan idea dalam perlawanan pertama itu dan gagal meletakkan tekanan berlebihan ke atas Bayern.