Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bayern atasi Chelsea 3-2 di hadapan lebih 48,000 penyokong di Stadium Negara

Jul 25, 2017 | 09:51 PM



DI hadapan lebih 48,000 penyokong yang membanjiri Stadium Negara, juara Jerman, Bayern Munich, membuka tirai Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang julung-julung kalinya diadakan di sini dengan kemenangan 3-2 ke atas juara England, Chelsea, dalam satu perlawanan yang berakhir sebentar tadi (25 Julai).

Bayern membukti kehebatannya dengan meluru tiga gol di hadapan melalui Rafinha (minit ke-6) dan dua gol bintang Piala Dunia mereka, Thomas Muller (m-12 dan m-27). Pasukan pimpinan Antonio Conte bangkit melalui gol Marcos Alonso (m-45) dan Michy Batshuayi (m-86) tetapi ia agak terlewat untuk menyelamatkan kelab Stamford Bridge itu.

Lusa (27 Julai), Bayern akan turun menentang Inter Milan dari Italy sebelum Chelsea turun bagi perlawanan keduanya menentang Inter pada Sabtu ini.

ICC, sebuah kejohanan pramusim berprestij, dianjurkan di Singapura buat julung-julung kalinya tahun ini.

Singapura negara ketiga yang dipilih mengadakan kejohanan ini di Asia-Pasifik, selepas China dan Australia, dan ia juga negara Asia Tenggara pertama menjadi hos kejohanan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >