Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bayern Munich tumpaskan Arsenal, Real Madrid atasi Napoli dalam Liga Juara-Juara

Mar 08, 2017 | 07:57 AM



LONDON - Bayern Munich meletakkan Arsene Wenger dalam kedudukan memalukan dengan menyingkirkan Arsenal daripada Liga Juara-Juara dengan 5-1 pada Selasa sedang rasa marah semakin meluap terhadap bos Gunners itu.



Dengan semangat pemulihan keadaan selepas tewas 5-1 dalam perlawanan ertama, pasukan Wenger menampakkan sekilas kemampuan apabila Theo Walcott membuka jaringan pada separuh masa pertama di Stadium Emirates, sementara Laurent Koscielny dibuang padang.



Namun harapan Wenger memadamkan masalah yang dihadapi kebelakangan ini berkecai apabila Robert Lewandowski menyumbat gol menerusi penalti pada masa kedua.



Wenger semakin muram apabila Arjen Robben dan Douglas Costa menjaringkan gol sebelum Arturo Vidal menyumbatkan dua lagi gol dan meletakkan Bayern ke suku akhir dengan kemenangan agregat 10-2.



Kekalahan itu mengundang protes dengan peminat Arsenal menggesa Wenger supaya berundur, dan mamaparkan sepanduk "Cukuplah, cukup - Wenger keluar".



Ia merupakan satu lagi pengalaman buruk wenger dalam Liga Juara-Juara buat Wenger yang menyaksikan Arsenal tersingkir tujuh musim berturut-turut.



Dengan harapan bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris tidak menentu, dan malah kedudukan empat tempat teratas tidak terjamin, kedudukan Wenger sebagai pengurus Arsenal selama 21 tahun mungkin menuju penghujungnya.



Wenger menyalahkan pengadil Yunani Tasos Sidiropoulos kerana memberi penalti dan memberi kad merah ke atas Kosciel.



"Pengadil tidak bertanggungjawab. Saya saya sangat marah dan sangat kecewa," katanya.



Sementara itu, dalam satu perlawanan lain, kapten Real Madrid Sergio Ramos menyelamat pasukannya daripada kesungguhan Napoli.



Napoli, ketinggalan 3-1 daripada perlawanan pertama pusingan 16 pasukan, kelihatan berdaya mengubah defisit kerana mereka menguasai babak pertama dan mendahului menerusi Dries Mertens.



Ramos menanduk gol dan menyamakan kedudukan pada awal babak kedua dan menghasilkan satu lagi gol enam minit kemudian.



Pemain gantian, Alvaro Morata, menambah satu lagi pada masa kecederaan membolehkan Real menang 3-1 dan meletakkan mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara kali ketujuh berturut-turut dengan agregat 6-2. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >