Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERANG DI UKRAINE: KESAN KE ATAS ARENA SUKAN

Beberapa badan sukan larang penyertaan atlet Russia, Belarus

Persekutuan badminton, mendayung dan ski antara yang ambil tindakan tegas sebagai protes terhadap serangan Russia ke atas Ukraine
Mar 03, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Lebih banyak badan sukan tidak membenarkan atlet Russia dan Belarus untuk bertanding berhubung pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dengan badan induk badminton, dayung dan ski melarang atlet dari kedua-dua negara itu daripada pertandingan antarabangsa.



Sejak permulaan apa yang disebut oleh Presiden Russia Vladimir Putin sebagai "operasi ketenteraan khas" minggu lalu, badan sukan di seluruh dunia mengorak langkah bagi menyekat atlet-atlet Russia dan Belarus - menghalang kededua negara itu menjadi tuan rumah sesebuah acara atau menyertai kejohanan di luar negara.



Belarus, sekutu rapat Russia, merupakan kawasan pementasan utama untuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Isnin lalu, Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesyorkan persekutuan sukan melarang atlet dan pegawai Russia dan Belarus daripada bertanding dalam acaranya.



Tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dibuat sehari selepas ia membatalkan kejohanan di Russia dan Belarus.



BWF berkata larangan ke atas atlet dan pegawai dari Russia dan Belarus akan bermula di Terbuka Jerman dari 8 hingga 13 Mac, tetapi ia membenarkan pemain Russia bertanding di dua kejohanan badminton-para (bagi atlet kurang upaya) di Sepanyol minggu ini kerana mereka sudah tiba di lokasi.



"Pemain-pemain ini, bagaimanapun, akan bersaing sebagai atlet neutral, tanpa bendera negara atau lagu kebangsaan," tambah BWF.



Dayung Dunia pula mengharamkan atlet dan pegawai Russia dan Belarus daripada pertandingan antarabangsanya yang telah berkuatkuasa serta-merta sehingga notis lanjut.



"Dayung Dunia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan tentera Russia ke atas Ukraine dan pelanggaran Gencatan Senjata Olimpik," kata badan induk itu.



Persekutuan ski antarabangsa (FIS) berkata majlisnya telah mengundi dengan sebulat suara untuk mengikut saranan lembaga eksekutif IOC.



"Berkuatkuasa serta-merta, tiada atlet Russia atau Belarus dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan FIS di semua peringkat sehingga akhir musim 2021-2022," kata FIS dalam satu kenyataan.



Badan induk dunia renang Fina, yang membatalkan Kejohanan Renang Remaja Dunia di Kazan, Russia, Ahad lalu, berkata kelmarin bahawa atlet Russia dan Belarus kini hanya akan bersaing sebagai atlet atau pasukan neutral.



"Tiada simbol, warna, bendera kebangsaan harus dipamerkan atau lagu kebangsaan harus dimainkan dalam acara akuatik antarabangsa yang belum menjadi sebahagian daripada sekatan Agensi Anti-Doping Dunia masing-masing untuk Russia," kata Fina.



Ia menambah bahawa perintah Fina yang diberikan kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, pada 2014 telah pun ditarik balik.



Isnin lalu, badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) menggantung pasukan dan kelab-kelab Russia, menyebabkan negara itu berkemungkinan akan dikecualikan daripada Piala Dunia di Qatar tahun ini dan kejohanan Euro 2022 wanita.



Jawatankuasa Olimpik & Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC) juga menggesa larangan sepenuhnya terhadap atlet dan pegawai dari Russia dan Belarus, termasuk dari Paralimpik Beijing yang bermula esok. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >