Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Beberapa bekas pemain nasional sertai futsal amal BH

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Beberapa bekas pemain nasional sertai futsal amal BH

Jun 04, 2014 | 07:00 PM

BEBERAPA bekas pemain bola sepak nasional Singapura akan turut menyertai Pesta Futsal Berita Harian (BH) yang akan berlangsung Ahad ini.

Mereka menggelar pasukan mereka sebagai Kencang Kendo (Kendur).

"Kami mengambil bahagian untuk tujuan beramal semata-mata.

"Apabila Berita Harian mengundang kami menyertai pesta tersebut dan menyatakan tujuannya, saya berpendapat mengapa tidak kami turut serta untuk tujuan amal.

"Selain itu, ini peluang kami bekas pemain nasional mempererat silaturahim antara kami dengan berkumpul bermain bola untuk bersuka-suka," kata Sanizal Jamil, 43 tahun, bekas penyerang Singa, yang kini seorang ejen hartanah

Sanizal, pernah terpilih bersama bekas kapten Nazri Nasir dan Rafi Ali menjalani latihan di Republik Czech di bawah Projek Bola Sepak Goh Chok Tong/City Development pada 1990-an.

Selain beliau, pemain nasional lain dalam pasukan Kencang Kendo termasuk Ishamudin Baroocha, Bashir Khan, Fahmie Abdullah, Hyrizan Jufri dan Zainal Yusuf.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3